Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

apabila kebudayaan Barat dan Timur sudah bercampur maka rosaklah alam ini

blog

Ahli Parlimen Indonesia pertikai lagu 'Rasa Sayange'

Laporan Bernama menyebut, seorang anggota Parlimen Indonesia mahu kerajaannya bertindak terhadap penggunaan lagu tradisional Indonesia 'Rasa Sayange' dalam kempen Truly Asia anjuran kerajaan Malaysia untuk menarik pelancong.

Hakam Naja dari Partai Amanah Nasional dipetik oleh akhbar Jakarta Post sebagai berkata, jika kerajaan dapat buktikan lagu itu milik Indonesia, ia hendaklah menyaman kerajaan Malaysia.

"Kerajaan perlu selidik asal-usulnya, sama ada ia dari Indonesia ataupun bukan," katanya.

'Rasa Sayange' dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia, dan dinyanyikan sejak generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.

Hak cipta batik juga dipertikai

Hakam juga menuduh Malaysia telah menjadikan batik sebagai hak miliknya.

"Ini berlaku kerana kerajaan Indonesia tidak bertindak berhubung hak cipta atau untuk mempatenkan warisan negara. Jika sesiapa mahu menggunakan elemen budaya Indonesia, kerajaan perlu diberi pampasan," kata Hakam.

Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula berkata, Malaysia perlu meminta izin kerajaan Indonesia untuk menggunakan lagu itu kerana ia adalah warisan negara.

Pengerusi Majlis Hak Cipta Indonesia, Enteng Tanamal, berkata tindakan untuk menyaman Malaysia mungkin tidak akan berjaya kerana tidak ada siapa tahu siapa pencipta lagu itu.

"Bagaimana nak saman Malaysia jika tidak ada siapa yang tahu siapa pencipta lagu itu? Jadi biarlah Malaysia menggunakan lagu itu sebagai lagu tema pelancongan mereka," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan boleh menyemak dengan Jabatan Paten atau kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk cuba mengenal pasti pencipta lagu itu.

artikel di copy dari akhbar

ini pula video yang menjadi kontroversi

klik disini


pendapat aku

perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku, kita serumpun. perkara sekecil ini terlalu dibesar-besarkan dan yang akan menjadi mangsa adalah kita sebagai rakyat yang semakin memusuhi kawan serumpun kita.

indonesia mahu ganyang malaysia, malaysia mahu ganyang indonesia. habislah tamadun kita kalau macam ini. asyik nak bergaduh sahaja. bila dibaca dalam wikipedia, memang tertulis lagu 'rasa sayange' @ 'rasa sayang hey' @ 'rasa sayang' berasal dari maluku, indonesia. benar. tetapi kita serumpun. justeru terlalu banyak persamaan dari segi warisan dan budaya. ia tidak dapat dielakkan.

di malaysia, etnik dibahagikan kepada empat iaitu melayu, cina, india dan lain-lain. tetapi tahukah kita bangsa melayu di malaysia bukan melayu sahaja. bangsa melayu malaysia = melayu indonesia + melayu pattani + jawa + bugis + banjar + minangkabau + lain lain yang aku sendiri tidak tau. oleh itu lagu 'rasa sayange' tidak dapat dinafikan menjadi salah satu lagu rakyat dan tradisi rakyat di malaysia. mungkin ada segelintir warga maluku yang datang ke malaysia 100 tahun yang lalu. siapa tahu.

sebagai contoh, aku. aku bukan anak melayu. tapi anak jawa. moyang-moyang aku berasal dari tanah jawa, indonesia. ibu dan mbah @ nenek aku sendiri masih bertutur bahasa jawa di kalangan mereka. tetapi di malaysia kami tergolong dalam bangsa melayu. dan jika dinafikan batik, keris, rendang dan sebagainya menjadi warisan dan tradisi kami, itu salah.

mungkin kejadian ini ada kaitannya dengan ketidakpuashatian rakyat indonesia terhadap malaysia. siapa suka dan setuju majikan malaysia menyiksa pekerja indonesia. aku pon tidak setuju. aku marah dengan mereka yang tidak berperikemanusiaan. aku malaysian, aku bantah jika ada malaysian yang buat tidak baik terhadap sesiapa. dan aku juga marah dan tidak setuju jika ada indonesian mencuri dan merompak. benda tidak baik, kita tentang.



nasihat untuk paklah

paklah sebagai perdana menteri pada pendapat saya kena menjernihkan keadaan. mengeratkan hubungan kita yang semakin goyah dengan indonesia akhir-akhir ini.

pada saya, isu lagu 'rasa sayange' bukan salah kita
kerana warisan dan tradisi kita sama macam indonesia
lagu rakyat kita pon sama iaitu 'rasa sayang hey'


tapi....ingat...
jangan terlalu sibuk dengan amerika dan singapura sahaja.
hal jiran tetangga kita, indonesia bagaimana?
paklah sedar tak siapa yang membancuh simen dan menanam asas bangunan-bangunan kita?
jiran-jiran dan saudara mara kita dari indonesia
kalau mereka ni tak ada, macam mana?
paklah kena terima hakikat ini

harap paklah dapat selesaikan masalah malaysia-indonesia ini dengan cara berhikmah



nasihat untuk Hakam Naja

jangan cepat marah
sepatutnya sebagai ahli parlimen banyak lagi perkara penting dan besar
yang patut diketengahkan

hakam naja kena ingat
tindakan saudara secara tidak langsung
menyemarakkan rasa musuh sesama kita
ini gejala yang tidak sihat
perlu difikir ramai warga indonesia di malaysia
pergaduhan mungkin terjadi dan yang menjadi mangsa kita
lagu ini lagu rumpun kita
justeru kita sama-sama mencari persamaan antara kita
semoga ia dapat mengeratkan lagi hubungan dan menjernihkan keadaan.
tidak mustahil rumpun melayu boleh menjadi kuasa tamadun besar dunia suatu hari nanti... dan elakkan mencari perbezaan antara kita kerana ia akan menghancurkan rumpun kita....


wasalam.....


dari insan yang cintakan keamanan


Blog EntrySep 13, '07 5:35 PM
for everyone
Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman allah swt :

وَالْجَآنَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ

(Surah al-Hijr : 27)

Maksudnya : "Dan jin itu Kami ciptakannya sebelum manusia daripada api yang sangat panas"

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

(Surah ar-Rahman : 15)

Maksudnya : "Dan Allah ciptakan jin itu daripada lidah api"

Firman Nya lagi sebagai menghikayatkan kisah Iblis:

خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

(Surah al-A'raf : 12)

Maksudnya : "Engkau ciptakan daku daripada api dan Engkau ciptakannya (adam) daripada tanah"

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah rha :

"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)"

(Riwayat Muslim)

Oleh itu jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan antara dua makhluk ini.

Ibn Bashar al-Qurasyi di dalam kitabnya 'al-Mubtada' daripada Abdullah bin Amr bin al-As. Katanya : "Allah mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun."

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil sama ada daripada al-Quran atau daripada hadis Rasulullah saw.

Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin. Jin adalah dicipta daripada api manakala dicipta daripada tanah.

Sumber : Mengenali makhluk Allah bergelar jin. Hakikat dan Pengubatan.
Pengarang : Ustaz Ismail Kamus

Blog EntryJun 20, '07 10:04 AM
for everyone
Dari segi bahasa

Perkataan jin berasal daripada bahasa arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu JIM dan NUN "جن" yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً
 
Maksudnya: "Apabila waktu malam sudah mulai gelap, dia (Ibrahim) melihat bintang"
                   (Surah al-An'am : 76)

Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya tersembunyi atau tidak kelihatan. Jin itu digelarkan dengan nama sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.

Dari segi istilah

Bermacam-macam definisi yang kita dapati mengenai jin ini tetapi dapatlah diringkaskan menurut pandangan Syed Sabiq dalam bukunya Al-Aqa'id al-Islamiah

Katanya jin itu : Suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.

*mukallaf : orang yang telah cukup umur yang dituntut yakni wajib melaksanakan segala perintah Allah
swt dan diambil pertanggungjawapan atas segala perintah tersebut.

Sumber     : Mengenali makhluk Allah bergelar jin, hakikat dan pengubatan.
Pengarang : Ustaz Ismail Kamus


Blog EntryMay 17, '07 9:20 AM
for everyone
Menurut Al Quran, Allah swt mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan malaikat yang Allah cipta daripada cahaya. Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan malaikat lebih dahulu daripada manusia. Tapi tidak diketahui secara tepat jarak waktunya di antara 2 penciptaan itu.

Dalam Al Quran terdapat 2 istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang yang dikatakan nar al samum (api yang sangat panas) dan ada pula dikatakan marij (nyalaan api). Daripada tafsiran ulama, tidak terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Cuma al samum adalah sifat yang ditambah yang merupakan penjelas kepada ciri atau sifat marij.

Oleh itu jelas sifat-sifat api itu juga adapada jin. Api bersifat ringan, teridir dari campuran pelbagai warna dan ia tiada bentuk yang tetap. Dari segi fakta jin dikatakan bergerak pantas, boleh terbang di udara dan menyelam di dalam air. Jin juga diketahui ada pelabagai warna. Ia boleh mengubah bentuk badannya.

Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia, dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan itu adalah hasil permintaan jn yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-awal jin dicipta.

Daripada Ibn Abbas r.a. : "Allah menciptakan pemimpin jin daripada nylaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja dicipta itu : 'Mintalah sesuka hatimu'. Maka jin pun berkata : 'Aku minta agaraku dapat melihat tetapi aku sendiri taidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati'".

Sumber : Mengenali makhluk Allah bergelar jin. Hakikat & Pengubatan.
(Dato' hj Ismail Kamus)

Blog EntryMar 28, '07 7:51 AM
for everyone

2nd time tulis dalam blog. Mule2 aritu pasal raye kat sini. Kali ni bab jin. Dah lame perkare ini jadi persoalan di hati. Baik ditulis daripada di biarkan beku dalam hati. Kalau ade sahabat yang ingin berkongsi pandangan, amatlah di alu-alukan.

Bile kite teropong gune mikroskop, bakteria & virus nampak hodoh, ade yang kaki banyak, berbulu lebat & berbelalai. Mungkin jin ni makhluk yang merayap? Betol ke? Maybe setan & jin yang suke sangat duduk kat tempat kotor macam toilet, pasar, lubang and etc sebenarnye virus & bakteria? Pastu tulang plak jadi makanan jin, adekah sebenarnye jin ni bakteria yang memakan tulang. Maybe betol agaknye. Ntah la...

Ade orang kate penyakit 'kayap' tak boleh di ubat oleh doktor. Tapi bomoh boleh ubat kannye dengan menggunekan jampi & petue tertentu sebab virus @ bakteria penyakit kayap tak mampu di ubati oleh doktor. Persoalannye, virus tu jin ke?

Lagi persoalan, adekah virus yang sebabkan selseme burung, AIDS & etc yang tak mampu diubati oleh doktor malah merebak dengan pantas merentasi benue juge dari jenis jin?

Kalau ade sape2 yang nak bagi pendapat @ tau penyelesaian masalah ni sile la komen. Komen anda amat di alu-alukan.